Cart 0

Beza Parfum, EDP, EDT, Cologne & Fraiche

Since ada yang tanya apa beza EDP EDT sume tu so akak buat rajah. Over betul letak logo kan? Logo tu kira % pewangi dalam setiap perfume.


Tetapi...


Jangan risau pakai EDT tak tahan macam EDP bak kata orang sebab memang last last depends on kulit jugak. Akak pakai EDP pun tak tahan lama sebab kulit akak ni jenis mengada nak kena spray kerap 😅. Time pakai EDT elok je lasting dari EDP walaupun price EDT lebih murah 😅


Yang penting, cari perfume paling sesuai dengan kulit kita. Hasil ketahanan berbeza setiap orang. Perfume yang sama, kawan awak pakai lasting sampai ke petang, awak pakai 2 jam dah hilang bau tu bukan salah perfume ya. Tu bermakna awak kena pilih perfume yang ada note bau berbeza. Senang citer bau tu tak ngam ngan kulit awak.


Akak pakai Versace Yellow Diamond & Roses de Chloe yang EDT, bau lagi tahan lama dari Annick Goutal Petite Cherie & Chloe EDP. Harga jauh lebih mahal EDP tapi yang lasting kat akak EDT jugak 😂


XOXO, Akak



Older post Newer post