Cart 0

Beza Retail / NIB, Tester dan Miniature

Since ramai tanya akak apa beza retail dengan tester dan miniature?

Akak bagi contoh Burberry London for Men.

Kanan: retail / new in box (NIB)
Tengah : tester
Kiri : miniature

Ok kita start dengan retail dan tester dulu.

KOTAK. Dalam gambar boleh nampak perbezaan ketara rupa kotak perfume kan? Retail bercorak seperti awak tengok dijual kat mall manakala tester tiada corak. Untuk perfume ni, tester box dia warna putih. Ada perfume yang  box coklat tanpa corak.

BOTOL. Botol retail lengkap dengan cap (penutup perfume) manakala tester sebaliknya. So untuk awak yang collect botol perfume akak prefer retail sebab rupa dia lengkap. Cuma kalau akak dan abam akak, kami prefer tester walaupun takde cap. Kenapa?

BAU. Ok this one akak suka soal customer yang tanya beza retail dan tester. Sambil baca sambil jawab ok?

Pernah tak pergi mall test bau perfume?

Kalau ya, beli tak perfume di kaunter?

Kalau ya, bila spray yang beli kat kaunter notice tak beza sikit bau perfume yang test kat mall dengan yang beli?

Majoriti yang jawab yes memang beza. So itulah fungsi tester perfume, dibuat untuk tujuan marketing. Nak tarik kita untuk beli. Rupa tak complete : kotak tak bercorak, perfume takde cap. Tapi bau lagi power! Nak tahu alasan lain akak dan abam suka tester? .

HARGA. Oleh kerana akak dah lupakan minat kumpul botol perfume sebab dah jual perfume sendiri 😅 so akak lebih pentingkan bau berbanding botol. Jual perfume mesti sentiasa wangi kan? Dah tu mesti nak kena lagi banyak collection yang pakai sendiri kan? Akak pilih tester sebab harga lebih murah berbanding retail. Kenapa murah walaupun bau lagi power? Perletakan harga mengambil kira packaging jugak. So untuk awak yang tak kisah perfume kotak plain dan takde cap tapi nak enjoy bau perfume kegemaran, memang akak suggest tester. Perfume yang botol lawa, cap pun lawa akak sendiri beli retail sebab cantik! So apa akak buat kalau dah memang suka perfume tu je? Beli 1 je retail perfume yang rupa complete, simpan cap dia. So next time beli tester yang takde cap, boleh guna cap retail tu pulak. Jimat kan?

Tu perbezaan ketara retail dan tester. Tapi ada je tester yang memang ada cap. Itu depends on perfume itu sendiri. Brand sama tak semestinya tester perfume semua ada cap. Ada juga lain batch lain rupa dia. So yang tu tak dapat nak tolong.

Ok dah panjang dah tulis so miniature perfume pulak. Miniature ni perfume saiz mini dan botol dia hampir sama retail perfume. Tak semua miniature spray type. Kebanyakannya dab on. Roll on pun jarang jumpa. Dab on tu apa pulak? Senang cakap macam minyak cap kapak. Tuang kat jari then pakai. So perfume besar tak kisahlah retail atau tester simpan kat rumah, miniature bawak keluar. Takde laa berat nak angkut sana sini kan? Dan dengan saiz mini senang nak pakai. Kang spray depan public malu pulak.

Awak baca habis ke? Membaca amalan mulia. Bagus 👏

Semoga perkongsian akak membantu awak semua.

Love,
Your Scent Station



Older post Newer post