Cart 0

Sensation by Your Scent Station

Sensation by Your Scent Station.

Akak faham nak beli perfume botol besar ada yang boleh cover ansuran kereta sebulan, ada yang boleh bayar ansuran kondo sebulan jugak!

Tapi kita ni biasalah, keinginan nak pakai perfume mahal tu ada. Akak pun sama. Akak pun tahu tak semua orang ready nak spend banyak untuk sebotol perfume kan?

Ada jugak nak test bau je dulu. Takut nak blind buy. Kang tak kena dengan citarasa. Nak pegi mall test bau, susah jugak. Sebab perfume ni memang kena pakai 1 hari baru kita tau result dia macam mana. Ngam ke tak. Kena rasa top, middle dan base note dia baru puas hati. Nak test vial, tak semua perfume ada vial. Miniature pun sama tak semua perfume ada. Ada miniature pulak, jenis dab on je banyak. Bukan semua orang suka jenis dab on. Mesti nak spray jugak baru feeling habis kan?

Atas pengalaman itulah, wujudnya Senstation. Actually akak pernah je buat repack sebelum ni. Cuma akak upgrade supaya lebih menarik dan nampak lebih wow!

Selain botol yang simple, senang bawak travel, Sensation membolehkan awak test bau dulu sebelum beli full size bottle. Ataupun untuk awak yang suka tukar tukar perfume ikut mood macam akak 😀

Senstation adalah hadiah dari Your Scent Station untuk awak. Doakan semoga Your Scent Station boleh keluarkan lebih banyak pilihan perfume untuk Sensation ya 😊

Botol 1st batch ni mungkin ada kekurangan dari segi rupa. Akak cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Yang dah dapat Sensation nanti akak alu alukan feedback dari awak. Akak terima dengan hati yang terbuka.

Terima kasih support Your Scent Station walaupun kami tidaklah besar mana. Kami cuba beri yang terbaik untuk semua sebab kami sendiri mahukan yang terbaik juga.



Older post