Cara Kenalpasti Seller Jual Perfume Fake Online

Cara Kenalpasti Seller Jual Perfume Fake Online

Akak nak share tips macam mana nak tahu seller tu jual perfume original atau fake. Akak ada buat video di Youtube jugak dan akan nak share jugak kat sini. Kalau rasa tips ni membantu, feel free to share untuk elakkan orang lain dari kena tipu. 


Tengok seller tu ada jual tak niche perfume macam Creed, MFK, LV, etc.. Kalau ada tengok harga seller tu jual berapa. Brand tu harga memang tak kurang dari RM1000 okay. So nampak je seller jual even 50% pun, dah boleh block seller tu. 

Chanel. Haa yg ni paling senang fake blh jual sebab semua orang nak pakai perfume Chanel. Nampak seller jual RM200, RM300 even ada yang berani jual fake RM400 pun dah boleh block dah seller tu. Chanel xde diskaun, xde harga reseller. Inikan pulak jual harga murah dari butik. 

Flat price. Notice tak seller fake ni jual perfume harga sama je semua perfume. Kalau tengok seller jual harga perfume Dior sama dengan harga Versace pun dah boleh detect dah ke-fake-an seller tu. Apatah lagi brand high end lain. Kos pun tak sama mcm mana nak jual harga sama kan? 

Invisible tube. Dulu yes nak compare boleh tengok tube. Tapi tak semua brand lah. Now perfume fake pun dah pandai dah tukar tube jadi invisible. Senang citer kalau seller beriya tunjuk invisible tube bagai, dorg mmg try hard nak bgtau perfume dorg ori tapi sebenarnya fake.

Stock photo / gambar google. Banyak kes yang ditunjuk lain, yang dapat lain. Seller yang tahu perfume dia fake dan menipu cakap ori tak berani sangat nak tunjuk real photo sebab senang kantoi. Akak sendiri pernah tertipu melalui gambar. Bukan sikit tp beribu burn duit.

Followers puluh ribu tak menjamin seller tu jual perfume ori. Akak faham kalau tengok follower ramai mesti terfikir xkan laa ramai follower pun jual fake kan? Tapi tengok kes terbaru ni yg kantoi jual fake. Berapa ramai followers dia? So kes mcmni rujuk balik tips yg akak bagi.

Testimoni. Akak dulu kena tipu kes ni lah. Kalau dulu akak pun "buta perfume" so mesti ramai jugak yg mcm akak kan? Kebanyakan yg beli tak tahu pun perfume tu fake. Ikut je sebijik seller ckp, so review pun ckp ori padahal fake. So jgn terus percaya testimoni ya. 

Tak dinafikan testimoni membantu tp xboleh terus percaya. Entah2 seller tu buat testimoni sendiri. Kita pun xtau kan? Anything boleh rujuk balik tips yg akak bagi. Kalau meragukan, boleh block terus seller tu sebelum kena "racun" harga x masuk akal.

Batch code. 

Batch code. Ramai seller fake beriya tunjuk perfume dia legit sbb boleh track di website. Fake boleh tiru botol, bau (kualiti tak sama), setakat batch code tu apalah sangat nak tiru kan? Boleh tgk video ni akak buktikan batch code check tak blh digunapakai.

Original reject. Ni lagi mengarut. Kilang perfume ori ni mesti laa ada QC. Banyak sangat reject agak2 logik tak? Mahal murah perfume tu selain brand, bahan pembuatan pun main peranan dlm penentuan harga. Ori tu ori, no such thing as ori reject perfume. 

Lebih detail kat Youtube akak : 

https://youtu.be/vapE4paKLK0