Cart 0

Tips memilih perfume untuk lelaki

Biasanya orang cakap kaum lelaki tak cerewet kan, bagi je apa mesti suka. Tapi tidak untuk perfume. Setuju?

Sepertimana perempuan, lelaki nak pilih perfume pun susah macam nak cari pasangan hidup ehh? Kena try perfume itu ini baru boleh dapat yang paling sesuai. So akak share tips bagaimana nak faham jenis bau.

Memilih dari jenis bau

Floral / Bunga-bungan - Eh apasal lelaki pun nak bau bunga? Kang jadi gugirl pulak? Actually bunga untuk lelaki berbeza dengan perempuan. Takde lah pakai tetiba jadi gadis pulak. No..No..No.. Kebanyakan perfume lelaki ada bunga lavender contohnya Dior Homme. Bunga bukan sekadar bunga tau, bau bunga dalam perfume lelaki membuatkan perfume tu bau lebih seksi!

Fresh / Segar - Yang ni paling famous untuk lelaki. Kira macam baru je lepas mandi gitu. Kalau baru nak try pakai perfume kan, akak galakkan pakai perfume bau fresh dulu sebab kira bau selamat untuk lelaki. Oh ya, biasanya perfume bau fresh untuk lelaki botol dia warna biru atau transparent / lutsinar macam Giorgio Armani Acqua di Gio.

Oriental / Ketimuran - Orang barat takleh pakai ke? Tidaklah. Bau oriental ni macam herba sikit. Hot and spicy! Haa kira sesuai untuk lelaki yang nak nampak hot, seksi dan menggoda.

Woody / Kayu - Kalau pakai jadi kayu ke kak? Bukanlah. Biasa kayu ni luar rumah kan? Ok tapi untuk perfume, dah memang kita pakai kat luar kan tapi sesuai jugak nak pakai kalau duk saje dalam rumah nak goda isteri. Bau woody ni kira bau jantan habislah. Feeling hebat dan yakin bila pakai.

Ok tu cuma kategori utama je daripada 14 kategori kesemuanya. Kalau nak tahu lebih detail boleh tengok Fragrance Wheel dari perfume expert, Michael Edwards.

Untuk nak faham pasal perfume ni, boleh khatam 4 kategori yang akak explain tadi. So dah boleh pilih perfume apa yang paling sesuai dengan jiwa awak. Maybe boleh ada 2 kategori perfume kot nak tau apa yang paling ngam untuk pakai.


Perfume dan kesesuaian dengan masa

Ok dah faham kan bab kategori? Kat mana kita nak pergi pun, kena ada perfume yang sesuai. Ni lagi pening kepala dari nak ingat semua 14 kategori tu. Jangan pening pening, akak bukan along, akak cuma nak tolong :p

Untuk pemakaian harian - kerja / study

Ni kira memang biasa ni pergi kerja or study kan? So mesti nak orang bau kita best dan selesa dengan kita. Biasa duk pakai deodorant je kan? Deodorant cuma elakkan kita dari bau tak best tapi tak bagi extra bau yang sesuai dengan personaliti kita. Tu lah fungsi perfume.

  • Kalau nak rasa wow kat office, pilih bau woody.
  • Kalau nak rasa fresh je all day, pilih bau fresh.
  • Kalau kerja awak banyak jumpa orang, pakai perfume fresh sebab bau selamat.

Untuk pemakaian ke majlis

Biasa pergi majlis kita dress up kan? Pakai smart yang boleh. Baju je tak cukup tau! Kena pakai perfume yang boleh tarik perhatian orang. Yang bila kita lalu, orang jadi jeles :p

  • Kalau majlis formal yang semua pakai tie tu, pakai perfume A class macam Amouage, Creed atau Tom Ford.
  • Kalau majlis formal biasa, pakai perfume woody macam Ralph Lauren Polo Black, Versace Dylan Blue atau Bleu de Chanel.
  • Bau oriental ok je tapi orang tak boleh bau dari jauh. Kira kena ada kat sebelah awak baru orang boleh bau.

Untuk pemakaian ke gym

Mana-mana perfume bau fresh sesuai tapi kalau nak bagi awek gym tergoda, cuba bau aromatic sikit macam Dior Sauvage, Mont Blanc Legend atau Moschino Uomo. Bau macam tu boleh buat awak jadi sado dan seksi di mata awek.

Untuk pemakaian keluar dating malam

Ehemmm.. Akak boleh rasa nak melekat je kat abam akak kalau dating malam tengok movie bila dia pakai bau jenis oriental. Fuhhhh bau maskulin, seksi menggoda habis! Boleh try pakai Victor & Rolf Spicebomb, Paco Rabanne 1 Million Prive atau Armani Code Profumo.

Cuba elakkan bau macam fresh time ni sebab bau dia sharp sikit bila awek duk dekat. Macam Versace Dylan Blue ok jugak tapi better kalau ke tempat ramai orang macam karnival.

Untuk pemakaian tak kira masa

Kalau nak kena ada semua perfume ikut tempat susah kan? Jangan risau, ada perfume selamat. Akak kasi contoh perfume yang sesuai pakai siang hari, malam, kerja, dating, kasual atau formal.

  • Bleu de Chanel
  • Mont Blanc Individuel (ni abam akak punya signature perfume ni)
  • Dolce & Gabbana The One
  • Giorgio Armani Acqua di Gio
  • Mont Blanc Legend
  • Versace Eros
  • Creed Aventus

Cuba, cuba dan teruskan mencuba

Nak tau best ke tak best kena try dulu. Boleh tengok kategori perfume kat atas tadi then tengok nak pakai bila. Lepas tu boleh cuba try test pakai. Nak test free, boleh ke mana-mana mall yang sediakan tester so tak payah beli botol besar terus kang tak ngam pulak. Selamat mencuba!


Your Scent Station Bestseller Men:



Older post Newer post